![](http://1.bp.blogspot.com/_CpVWET6XnQ8/TCgdhSMdShI/AAAAAAAAACE/KzssFDVZcI8/s400/1.png)
Permata Acces
Assalamualaikum
![](http://counters.gigya.com/wildfire/IMP/CXNID=2000002.0NXC/bT*xJmx*PTEyNzc2OTYxNzg*NjgmcHQ9MTI3NzY5NjE5MDUxNSZwPTIzODk4MSZkPUlzbGFtaWMlMjBXaWRnZXQlM2ElMjBtZXNz/YWdlLWJpc21pbGxhaCZnPTEmbz1mMjg*MDk1Y2NlYTY*NmVkYmYyYjkzYzk3YWUwYTQ2OCZvZj*w.gif)
Monday, June 28, 2010
Apakah bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang boleh didapati di Pusat Akses Sekolah?
Terdapat tiga (3) bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam membantu murid ke arah pembelajaran kendiri iaitu akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri. Bahan tersebut ialah:
- Bahan yang dimuat turun melalui penggunaan enjin pencari maklumat Internet seperti Google, Yahoo, Altavista, dan sebagainya
- Portal Pendidikan untuk mendapatkan maklumat khusus seperti portal BTP, MySchoolNet, MyTutor, Online Smart Learning, dan sebagainya
- Bahan pembelajaran online seperti sumber digital dalam bentuk CD/VCD/DVD/CD audio seperti perisian kursus, perisian interaktif dan perisian berbentuk maklumat
Apakah kriteria pemilihan sekolah untuk mewujudkan Pusat Akses Sekolah?
Pemilihan sekolah bagi mewujudkan Pusat Akses dibuat berdasarkan kriteria berikut:
- Ada ruang/bilik yang sesuai
- Ada bekalan elektrik 24 jam
- Ada akses kepada Internet
- Ada Makmal Pengkomputeran
- Kemahiran ICT warga sekolah
- Komitmen pihak pentadbir sekolah
Bilakah Pusat Akses Sekolah akan dipasang di sekolah?
Penubuhan Pusat Akses Sekolah akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2006.
Apakah peralatan yang akan dibekalkan?
Siapa boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah?
Keutamaan menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah diberikan kepada murid. Warga sekolah lain termasuk pentadbir sekolah, guru, dan staf sokongan boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah untuk memperoleh maklumat dari Internet.
Apakah aktiviti murid di Pusat Akses Sekolah?
![](http://4.bp.blogspot.com/_CpVWET6XnQ8/TChJe4Qq2AI/AAAAAAAAACc/N9yfuv3oXII/s320/17_computer7.jpg)
![](http://1.bp.blogspot.com/_CpVWET6XnQ8/TChLVsUUwqI/AAAAAAAAACs/58hHdgXtk8E/s320/internetv%C3%A4gvisare.gif)
Murid boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk:
- Mencari maklumat daripada Internet untuk pengajaran dan pembelajaran
- Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan (e-Learning)
- Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran
- Berkomunikasi dengan guru dan murid lain melalui e-mel
- Berkolaborasi dengan murid lain
Subscribe to:
Posts (Atom)